Tekanan Darah Tinggi Semasa Mengandung

Apakah darah tinggi semasa mengandung?

Darah tinggi semasa mengandung atau "Preeclampsia" adalah satu keadaan di mana tekanan darah seseorang ibu menjadi tinggi selepas mengandung lebih kurang 20 minggu (lebih kurang 5 bulan ). Selain dari darah tinggi , ibu-ibu juga mungkin mengalami kencing kotor atau bengkak kaki atau kedua-dua sekali. Ibu-ibu juga mungkin mengalami sakit kepala samada di bahagian depan atau belakang kepala.

Bagaimanakah darah tinggi ini boleh dikesan?

Keadaan ini dapat dikesan awal jika ibu-ibu datang untuk pemeriksaan diklinik pada masa mula mengandung.


Darah Rendah, Darah Tinggi, Darah Tinggi Usia Muda, Gejala Darah Tinggi, Makanan Darah Tinggi, Obat Darah Tinggi, Obat Tradisional darah Tinggi, Pengobatan Darah Tinggi

Apakah akibat darah tinggi ini jika tidak dirawat?

Keadaan ini adalah merbahaya dan jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan berbagai akibat buruk seperti berikut:-

Melahirkan bayi yang tidak cukup berat badan

Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan

Anak mati dalam perut

Anak susah bernafas semasa lahir

Ibu tumpah darah semasa mengandung

Ibu boleh mendapat sawan

Ibu mudah mengidap penyakit lemah jantung

Ibu mudah mengidap penyakit buah pinggang

Semua akibat ini boleh membawa maut kepada ibu dan kandungannya

Bagaimanakah darah tinggi ini dapat dikawal?

Keadaan ini boleh dikawal dengan mematuhi segala langkah berikut:-

Rehat dengan cukup

Makan ubat yang diberikan mengikut arahan

Dapatkan rawatan awal dan kerap di klinik yang berhampiran

Melahirkan anak di hospital

Patuhi segala nasihat kakitangan kesihatan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar